Kenali Marissa

Pengasas MARISSA, Dr Rushmini Maris Ismail, merupakan doktor perubatan yang kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidangan estetik & anti-penuaan.

Beliau memulakan karier dengan membuka klinik pesakit luar. Beliau mula melihat ramai orang yang sudah berusia mempunyai penyakit yang kronik dan memerlukan bantuan orang lain untuk hidup. Dari situ, beliau mendapat ilham untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan penyakit penuaan.

Berasaskan minat yang mendalam di dalam bidang aesthetic dan perubatan anti-penuaan beliau menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan berjaya mendapat Ijazah Master Anti-Aging & Regenerative Medicine di UCSI, KL. Beliau juga mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura.

Setelah tamat pengajian, beliau membuka sebuah pusat kecantikan dan anti-penuaan sendiri dengan nama MARISSA. Tujuan beliau adalah untuk memberi kesedaran kepada semua orang tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan. Selain itu, ia juga untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan hormon untuk tubuh badan yang sihat dan cergas.

Kerana keaktifan beliau dalam memperkenalkan rawatan anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris sering dijemput untuk memberi ceramah kesihatan dan kecantikan di organisasi-organisasi kerajaan dan juga swasta antaranya Malaysia Airlines (MAS), Persatuan-Persatuan, dan juga Universiti-universiti tempatan. Selain itu, beliau juga sering dijemput sebagai penceramah tetap di Radio KL pada setiap hari Khamis, dan beberapa kali dijemput sebagai tetamu jemputan WHI di TV3, SOAL WANITA di TV Al-Hijrah dan FEMINA di TV1. Dr Rushmini juga sangat aktif dalam menjalankan bengkel-bengkel dan ceramah-ceramah kesihatan dan kecantikan.